HUBUNGI KAMI
Wednesday, April 21, 2010
Taman Pinji Mewah
31500,Lahat
Perak Darul Ridzuan
Telefon : 05-3288201
Fax : 05-3288202
Emel : sek-lestari@yahoo.com
Penyerahan Tugas Penolong Kanan Pentadbiran Bumi Hijau

Kumpulan Choral Speaking (Save Our World)
Teater Hari Anugerah (Pencemaran Laut dan kesanya)
Hiasan Hari Anugerah yang menggunakan tema Alam Sekitar



Puan Pengetua menyerahkan pasu bunga kepada ketua kelas 4 Sains sempena Hari Bumi
Susunan pokok-pokok yang segar dikelas
En Bakri b. Arsad sedang memberi taklimat
Guru dan pelajar SMK Seri Ampang sedang mendengar teknik tanaman fertigasi
Tuan Pengarah Pelajaran Perak turut menyokong 'Kempen Selamatkan Bumi Kita' sempena Hari Bumi pada 23 April 2008
Kelab Giat Budaya mempersembahkan teater bertajuk 'Selamatkan Bumi Kita'

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan baru sahaja memasuki sembilan tahun operasi. Walaupun masih baru beroperasi pihak sekolah sentiasa berusaha mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif, selamat dan harmoni. Hal ini memang menjadi teras dalam pembentukan Visi, Misi, Piagam Pelanggan dan Lencana Sekolah.
Konsep Sekolah Dalam Taman merupakan usaha pihak sekolah membentuk proses pembelajaran secara semulajadi. Jika ingin melahirkan pelajar yang cinta akan alam semulajadi, pada peringkat alam persekolahanlah proses pembelajaran dan pembentukan minda berlaku, bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Perkembangan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak dirancang telahmenjejaskan kehidupan flora dan fauna. Hal ini mengakibatkan banyak spesies flora dan fauna telah diancam kepupusan. Oleh itu usaha meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan dalam kalangan masyarakat memerlukan kerjasama banyak pihak.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama dalam pelaksanaan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar .Pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan program/ aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar. Pihak sekolah juga mensasarkan Visi untuk menjadi Sekolah Lestari pada tahun 2010 bersama dengan komuniti.
Read more...© Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP