SEKOLAH LESTARI- ANUGERAH ALAM SEKITAR

Wednesday, April 21, 2010


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan baru sahaja memasuki sembilan tahun operasi. Walaupun masih baru beroperasi pihak sekolah sentiasa berusaha mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif, selamat dan harmoni. Hal ini memang menjadi teras dalam pembentukan Visi, Misi, Piagam Pelanggan dan Lencana Sekolah.

Konsep Sekolah Dalam Taman merupakan usaha pihak sekolah membentuk proses pembelajaran secara semulajadi. Jika ingin melahirkan pelajar yang cinta akan alam semulajadi, pada peringkat alam persekolahanlah proses pembelajaran dan pembentukan minda berlaku, bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Perkembangan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak dirancang telahmenjejaskan kehidupan flora dan fauna. Hal ini mengakibatkan banyak spesies flora dan fauna telah diancam kepupusan. Oleh itu usaha meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan dalam kalangan masyarakat memerlukan kerjasama banyak pihak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama dalam pelaksanaan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar .Pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan program/ aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar. Pihak sekolah juga mensasarkan Visi untuk menjadi Sekolah Lestari pada tahun 2010 bersama dengan komuniti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP